Searching...
Friday, 6 February 2015
09:16 0

TAHNIAH.. Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014



Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.
Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. (rtky/m)

09:06 0

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014



Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. SELANJUTNYA DISINI
03:15 0

2 Gambar wajah adik perempuan


Salah seorang ahli kumpulan Zero yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali muncul dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Syaiful mengumumkan yang beliau bakal berkahwin selepas tamatnya persaingan peringkat akhir program itu.

Menurut laporan Astro Gempak, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif berkata yang beliau akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini dan jika ada rezeki mahu menggunakan sebarang duit kemenangan sebagai belanja kahwin.

“InsyaAllah, saya akan tamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin. Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu,” ujarnya.

Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati turut mengakui tidak risau dengan status sebagai suami orang kelak dan berkata cukup dengan seorang ‘peminat wanita’ sahaja. Sempat bergurau. Tahniah Syaiful dan bakal isteri nanti!


Berikut ialah dua keping gambar adik perempuan Syaiful Zero yang sangat cun melecun. Kredit kepada blog sinarharian.



03:09 0

2 Gambar wajah adik perempuan Syaiful Zero sangat cun melecun


Salah seorang ahli kumpulan Zero yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali muncul dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Syaiful mengumumkan yang beliau bakal berkahwin selepas tamatnya persaingan peringkat akhir program itu.
Berikut ialah dua keping gambar adik perempuan Syaiful Zero yang sangat cun melecun.

GAMBAR DISINI


02:25 0

Pendedahan Sebenar Kisah Daging Restoran Berharga



SEPASANG tangan dianugerahi Allah SWT membawa lelaki ini jauh merantau ke Eropah. Lebih manis, ia berjaya membuka gerbang Istana Buckingham, London, sekali gus membolehkan anak Malaysia ini berkhidmat kepada Ratu Elizabeth serta mendiang Puteri Diana.

Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan kocek kosong selain meninggalkan isteri dan anak di tanah air pada 1989, Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, terbang ke kota London untuk mencari pengalaman, pelajaran serta sumber kewangan lebih baik.

“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba penga­laman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.




“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya ting­galkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.



“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seming­gu.



“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.



“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.

Sesi pembelajaran berlangsung pada waktu siang, manakala malam pula lelaki kepada empat cahaya mata ini bekerja sebagai pemotong daging di kedai daging milik warga Pakistan di kota besar itu bagi menampung hidupnya dan keluarga di Malaysia.

.


Bekerja antara jam 3 pagi hingga 7 pagi setiap hari membolehkan Mustaffa membayar sewa bilik. Dia enggan bekerja di kedai daging milik warga Inggeris kerana khuatir ditugaskan memotong daging babi. 

Menganggap tangan dimilikinya anugerah terhebat daripada Allah SWT, Mustaffa menerima tawaran pekerjaan dengan gaji jauh lebih tinggi hingga ditawarkan jawatan dalam Dawn Group of Companies pada 1991.



Syarikat besar yang juga pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth itu kemudian menyedari kemahiran dan kelebihan dalam diri Mustaffa. 

Berhasrat untuk bergelar pemotong daging, Mustaffa diuji apabila dia ditinggalkan di dalam sebuah bilik bersama paha lembu, sebilah pisau dan batu asah. 

Tanpa menyedari situasi itu adalah sesi temuduga, tempoh kurang daripada 10 minit, daging yang tergantung berjaya dipotong dalam saiz sederhana kecil. 

Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembung­kusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya. 

“Cara orang Barat me­ngendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pe­ngambilannya mengakibat­kan penyakit. 

“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari. 

“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang tidak lokek berkongsi ilmu.




Berkongsi cerita bagaimana terpilih sebagai pakar daging di istana, Mustaffa tidak tahu kriterianya namun dia memiliki kebolehan memotong daging mengikut berat tanpa meng­gunakan penimbang. 

Katanya, Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mah­ligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu. 

“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir. 

“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.­ 

“Ketika itu saya dan se­orang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir. 

“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” kata­nya yang berusia 61 tahun.



Tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan antara protokol ketika menghidangkan makanan kepada Ratu Elizabeth bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tat­kala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali kerdipkan mata. 

Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih me­nyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing. 

“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya. 

“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan. 

“Pada 2000, timbul isu pe­nyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.



Tidak betah duduk diam, Mustaffa kemudian merisik pekerjaan di Tesco Puchong sebagai tenaga pengajar berkaitan daging, seterusnya ke pasar raya besar lain, termasuk Aeon Jusco dan Carrefour. 

Membuka Me’nate Steak Hub empat tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya. 

Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya mata­nya berjaya mengekalkan kestabilan restoran­nya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here. 

Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging. 

Harapannya, masyarakat sepatut­nya memahami pengetahuan berkaitan makanan, termasuk daging, bagaimana menguruskannya, kaedah pemprosesan dan cara masakan sesuai, sekali gus memberi manfaat terhadap kesihatan diri.
00:44 0

Pendedahan Sebenar Kisah Daging Restoran Berharga RM9388.50



SEPASANG tangan dianugerahi Allah SWT membawa lelaki ini jauh merantau ke Eropah. Lebih manis, ia berjaya membuka gerbang Istana Buckingham, London, sekali gus membolehkan anak Malaysia ini berkhidmat kepada Ratu Elizabeth serta mendiang Puteri Diana.

SETERUSNYA DISINI

Thursday, 5 February 2015
20:56 0

Kegagalan Virus untuk mara


Kehangatan Maharaja Lawak Mega kali ini tidak sahaja berakhir dengan persembahan pentas daripada para peserta.Kali ini kehangatannya terus berkisar dengan isu juri yang sangat cantik iaitu Fazura.

Kegagalan Virus untuk mara telah di kaitkan dengan Fazura dimana Fazura di katakan tidak emmihak kepada kumpulan Virus.Segalanya mungkin berpunca daripada sedikit salah faham antara Fazura dan Zizan.

Peminat Virus Serang Dan Hentam Fazura, Berat Sebelah Dan Bias Katanya 
Semalam, kumpulan Virus telah terkeluar dari saingan dan pentas semi final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Nampaknya Virus gagal mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Ini pertama kali buat 3 pelawak ini iaitu Zizan, Yus dan Tauke gagal mara ke final Maharaja Lawak Mega.

Namun, peminat Virus ada yang tidak berpuas hati apabila pada pusingan pertama (tema prop), kumpulan Zero berjaya mendapat 4 bintang walhal Virus lebih baik persembahannya namun hanya mendapat 3 bintang dari Fazura.

Ini sekaligus menyebabkan ramai pihak menuduh Fazura tidak profesional, tidak adil dan berat sebelah.


Pengarah popular, Michael Ang juga akui perkara ini apabila memberi pendapatnya di laman twitter.



Peminat Virus yang kecewa dilihat menghentam dan menyerang Fazura di laman sosial instagram milik pelakon wanita itu,

Jom lihat beberapa komen di laman instagram Fazura:


18:04 0

Monyet Tanggal Baju Awek Comel Sehingga ternampak Buah..



Gambar ni ditangkap semasa awek ini ingin menangkap gambar dengan monyet jinak. Tiba tiba monyet tu melondehkan baju awek tu dan ternampaklah bu4h d4d4 awek tu.. Gatal benar Monyet tu .







17:33 0

8 Foto terkini Fazura di Facing Up To Fazura


Malaysia’s own Nur Fazura Sharifuddin (Nur Fazura) is set to make history as the star of Facing Up To Fazura, a 5 x 30min Malaysian miniseries for E! – the pop culture powerhouse of NBC Universal International Television. Set to premiere across Asia on Sunday, 14 December 2014 at 10pm (MAL) – and air weekly in this timeslot – Facing Up To Fazura is the first-ever E! miniseries to feature a Malaysian personality.



The sensational docudrama will offer viewers unprecedented access to this polarising personality’s life, loves, challenges, triumphs and joys in everyday life as a leading entertainment and fashion socialite in Malaysia and South East Asia. Throughout the series, viewers will be treated to an in-depth and unscripted look at Nur Fazura’s often-controversial life on and off the camera.




4 FOTO LAGI DISINI 

08:24 0

12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan


12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi | Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman

Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.
07:45 0

2 Gambar terkini bentuk badan Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak paling


Ramai yang nak tau kan apa rahsia Ozlyn nie maintain jer kurus. Apabila kita lihat foto nie kita dapati pelakon jelita Ozlyn yang juga merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak terkenal nie memang maintain kurus dan bertambah cantik. Apa rahsia Ozlyn nie yer???

Antara sebab utamanya ialah Ozlyn sentiasa mengamalkan minuman air akar kayu ketika berpantang. Yang lebih memeranjatkan lagi ialah Ozlyn telah berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asalnya dahulu iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan.


Pergghhh ramai yang teruja nak tau apa rahsia nie kan? Pasti ramai gadis di luar sana yang mengimpikan bentuk tubuh badan secantik Ozlyn. Tak gitu?



Walaupun usia umur Ozlyn kini telah mencecah 34 tahun, beliau nampaknya semakin cantik dan kurus kerana hampir setiap hari Ozlyn akan mengambil segelas air herba. Beliau mengamalkannya hanya pada waktu pagi walaupun telah habis tempoh berpantang selama 44 hari.

Ozlyn akui walaupun pada mulanya agak kurang selera, loya dengan bau air akar kayu tersebut yang agak piau namun lama kelamaan dirinya sudah terbiasa dan berjaya mengurangkan berat badan ke tahap yang memuaskan.

Ozlyn yang berjaya mengurangkan berat badan mengakui kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin dan membantu proses penghadaman selain membuatkan dirinya lebih bertenaga ketika melakukan aktiviti seharian.

Ozlyn juga berkata belum masanya lagi untuk beliau kembali aktif dalam bidang seni kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ibu terhadap anak-anaknya. Namun beliau mungkin tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang.



Memang sepatutnya wanita di luar sana mengikuti cara-cara dan rutin Ozlyn nie kalau nak kekal cantik dan kurus dan langsing seperti nya. Air akar kayu nie memang banyak kebaikannya untuk dalaman wanita, Antara kebaikannya ialah boleh cantik, boleh kurus dan mantappp. - Blog Cintahatiku85.

Berikut ialah dua keping gambar bentuk badan terkini Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak yang tetap langsing meskipun baru dua bulan melahirkan anak keempat mereka.

07:10 0

12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi


12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi | Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.

SELANJUTNYA DISINI
06:59 0

2 Gambar terkini bentuk badan Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak paling mengejutkan


Ramai yang nak tau kan apa rahsia Ozlyn nie maintain jer kurus. Apabila kita lihat foto nie kita dapati pelakon jelita Ozlyn yang juga merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak terkenal nie memang maintain kurus dan bertambah cantik.
SELANJUTNYA DISINI
Sunday, 1 February 2015